Monday, August 23, 2010

Mane Kau Pergi



Assalamualaikum,



PERGH, Tajuk entri macam ade jek orang carik kau oh?



WOOHOO!! Mewelcome 11 follower terbaru.HAHA. Termasok diri sendiri (MALU).



HAA! Nak tanye lah kan, selama 14 hari di Ramadhan ini ape je korang dah buat?
(SEBOK JE KAN AKU TANYE TANYE)T_T



Adakah cukup puasa mu, seperti puasa yang dianjurkan Islam. Bermaksud adakah puasa segalan segalanya. (Mata, Telinga, Mulut, Hidung dan Kaki?.HAHA.Semua part tu harus puase jugak tau).HAAA! Macamane nak puase kaki? Senang je. Jangan sepak orang. Okay takde kaitan T_T.



Selama puase ni ade tak kite bersedekah? HAA! yang tu kene tanye iman. Mungkin ade yang cakap.
"Alah! Saye nak belajar ni pun duit pinjam PTPTN. Takkan nak sedekahkan duit pinjam kot??"
Tapi aku nak cakap satu, nanti kau bayar jugak balekkan duit PTPTN tu kan. So, kau sedekah je ibarat kau sedekah kan duit kau jugek. Tak rugi pun kau tau! (Asal aku tetibe marah ni? HAISH). Lagi satu aku pernah dengar setiap ape yang kita miliki ni adalah milik Allah. So, kenapa nak kedekut sangat bersedekah? Duit bukan boleh bawak mati pun kan. Alah, sedekah je. Insya'Allah duit kau takkan berkurang walau sikit pun. Tu dia! hikmah bersedekah. Jadi bersedekah lah banyak banyak ye. RM1 juta pun takpe. Tu pun kalau kau ade sejuta. (Sejuta rupiah aku adelah :D)



Dah tu, solat sunat malam kau buat ke tak? (CEH, aku tanye orang padehal aku ON OFF jugek). Bile lagi lah kan. Aku saje je nak mengingatkan diriku sendiri yang fana ini (Apekah maksud fana? *google*). Rugi tau kalau tak buat. Dah lah dalam bulan Ramadhan ni dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Bila lagi lah Pak mail dan Cik Kiah oi!Kau confirm je kan tahun depan kau ade lagi. HAA! Tau takpe. Same same lah kita melakukan solat sunat malam. Banyak jenis solat sunat tau. HAA. Nak tahu sila tekan -->sini<---


Woh, setakat tu je lah kot setakat ini kali ini masa ini dan juga detik ini.
(Aku suke je merepek kan. ITULAH! T_T)


Wallahualam~
TEEHEE